My Add

Wednesday 28 December 2011

Malaysia perlu hasilkan perisian keselamatan maklumat siber

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Disember, 2011: Negara perlu menghasilkan perisian keselamatan maklumat siber sendiri kerana kebergantungan kepada perisian luar memungkinkan pendedahan kepada pengintipan dan kebocoran maklumat, kata seorang pakar bidang teknologi maklumat hari ini.

Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ramlan Mahmod berkata, pencerobohan itu boleh berlaku tanpa disedari kerana kurang kefahaman aliran logik kod sumber yang digunakan perisian luar tersebut.

"Pada masa ini tiada lagi perisian yang mampu untuk memeriksa kod-kod sumber perisian lain bagi memastikan perisian tersebut boleh disahkan sebagai selamat untuk digunakan.

"Bagi merealisasikan matlamat ini negara perlu menguasai kepakaran teknikal dalam bidang keselamatan maklumat dan kepakaran daripada pelbagai bidang seperti sains komputer, matematik dan kejuruteraan,” katanya. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment