My Add

Thursday, 29 December 2011

Pertikai 153 hasut pemikiran rakyat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Disember, 2011: Tindakan Dr. Eu Hong Seng mempertikaikan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dilihat sebagai perbuatan menghasut pemikiran rakyat supaya ia dilihat sebagai tidak adil.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, perbuatan bersifat melampau oleh Pengerusi Evangelical Christian Fellowship Nasional (NECF) itu juga dianggap pelik kerana isu tersebut telah diperjelaskan berulang kali.

"Kenapa sering mempertikaikan Perkara 153 sahaja?. Sudah berkali-kali dijelaskan bahawa tafsirannya perlu mengambil kira idea, tradisi dan prinsip seperti yang telah dipersetujui hingga wujudnya hak keistimewaan orang Melayu tersebut.

"Tujuannya adalah bagi mendapatkan keharmonian seluruh kaum, bukannya untuk membuli kaum lain," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Minggu lalu, Hong Seng ketika berucap pada majlis minum teh Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) dipetik sebagai berkata, Perkara 153 adalah menyerupai membuli jika ia hanya melindungi hak satu kumpulan.

Menurut Kamilia, sekiranya kaum bukan Melayu boleh memenuhi segala syarat yang termaktub Perkara 153, mereka juga layak mendapat keistimewaan tersebut.

"Jika mereka mahu hak keistimewaan itu, baca definisi Melayu dan penuhi segala syarat-syarat yang termaktub dalam Perlembagaan itu.

"Ini juga membuktikan Perkara 153 itu sebenarnya terpakai untuk semua kaum," ujarnya. - UM


No comments:

Post a Comment