My Add

Saturday 17 December 2011

Proprimas mahu bina 1,000 unit rumah rakyat setiap tahun

KOTA BHARU, SABTU, 17 Disember, 2011: Program Perumahan Ihsan Malaysia (Proprimas) bercadang membina 1,000 rumah setiap tahun bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Baha Nordin berkata, program yang bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Februari tahun depan akan dilaksanakan menerusi konsep pembinaan pasang siap.

Beliau berkata, program itu diharap mampu memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, terutama kakitangan dan pesara kerajaan, khasnya bekas anggota tentera yang belum memiliki rumah sendiri.

"Menerusi program ini, kita menjangkakan dapat membina 1,000 unit rumah setahun mulai tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat perdana mengenai program itu di sini hari ini.

Baha berkata, untuk tujuan itu, pihaknya mengenal pasti 120 kontraktor yang berminat menyertai projek tersebut di seluruh negara sejak tahun lepas, termasuk 16 di Kelantan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment