My Add

Saturday 17 December 2011

PRU-13: Wanita BN sudah siap siaga untuk bertempur

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Wanita Barisan Nasional (BN), khususnya Wanita UMNO, sudah siap siaga untuk bertempur dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa memandangkan pilihan raya kali ini agak luar biasa dan boleh dianggap sebagai medan perang.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata: “Dalam peperangan ini kami Wanita (BN/UMNO) akan taat kepada Ketua Komander dan sedia untuk bertempur pada bila-bila masa PRU ini diadakan.

"Kami tidak takut. Kami tidak akan kecewakan ketua kami (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Warisan Barisan Nasional Negeri Selangor, di sini hari ini.

Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO berkata, tiada pihak yang boleh memandang rendah atau mempertikaikan keupayaan golongan wanita sebagai tunjang parti.

Shahrizat menyifatkan dalam ”peperangan” untuk merebut kerusi dalam pilihan raya umum itu Najib adalah sebagai Ketua Komander, manakala Wanita BN dan UMNO adalah ”jeneral” yang akan berjuang untuk maruah parti. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment