My Add

Saturday 3 December 2011

Seruan Presiden disokong

HISHAMMUDDIN menyatakan sesuatu tentang gambar beliau dalam akhbar Utusan Malaysia ketika melawat bilik operasi Utusan Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Disember, 2011: SERUAN Datuk Seri Najib Tun Razak agar ahli UMNO bukan sekadar menjadi ahli parti tetapi menjadi 'orang UMNO' telah disahut dengan sokongan padu oleh ahli parti tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, berdasarkan pengamatan beliau sejak bermulanya Perhimpunan Agung UMNO 2011 Selasa lalu, ahli UMNO memberi sokongan padu terhadap seruan itu sekali gus ia menterjemahkan kekuatan sebenar parti tersebut.

"Saya sangat gembira dengan suasana semangat tinggi yang ditunjukkan ahli UMNO pada perhimpunan kali ini, kini mereka berjaya membuktikan bahawa mereka bukan sekadar ahli UMNO malah orang UMNO yang komited kepada perjuangan parti.

"Keadaan ini berbeza dengan perhimpunan sama yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor tempoh hari. Kononnya mereka mahu menembusi Johor, namun jumlah kehadiran perwakilan amat berbeza dengan kita,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan di Bilik Operasi Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Hishammuddin berkata, keadaan itu menunjukkan satu isyarat bahawa UMNO kini masih menggalas semangat yang sama seperti yang dimulakan oleh para pemimpin UMNO sebelum ini.

Jelasnya, isyarat itu juga menolak gambaran di luar kononnya kepimpinan Presiden parti dalam membawa transformasi perubahan yang begitu mendadak tidak mendapat sokongan daripada orang UMNO. - UM

No comments:

Post a Comment