My Add

Saturday 3 December 2011

Perwakilan jangan lupa bantu mangsa banjir

NAJIB menderma kepada Tabung Bencana Banjir IAM-Utusan pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad (tiga dari kanan) dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh (kanan).


KUALA LUMPUR. SABTU, 03 DISEMBER, 2011:
PENGERUSI Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin menyeru para perwakilan tidak lupa tanggungjawab membantu mereka yang menghadapi kesusahan terutama mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini.

Merujuk kepada Tabung Bencana Banjir Islamic Aid Malaysia (IAM)-Kumpulan Utusan, beliau mahu semua perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO kali ini supaya menghulurkan sedikit bantuan kewangan bagi membantu mangsa banjir terlibat.

Tabung bantuan berkenaan ditempatkan berhampiran Laman Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepanjang perhimpunan agung parti itu berlangsung.

"Saya harap perwakilan dapat membantu sedikit orang susah, dermalah kepada mangsa banjir di seluruh negara menerusi tabung IAM-Kumpulan Utusan yang ditempatkan di hadapan bilik operasiUtusan Malaysia di Laman Media.

"Setiap sen yang didermakan kepada mereka yang memerlukan akan dibalas di akhirat nanti," katanya ketika mempengerusikan Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, hari ini.

Tabung Bencana Banjir IAM- Utusan dilancarkan pada 29 November lalu bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Ketika ini, terdapat kira-kira 700 sukarelawan berdaftar yang menggerakkan tabung bencana berkenaan di seluruh negara dan beberapa cawangan telah ditubuhkan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah untuk memudahkan misi bantuan banjir.

Orang ramai yang prihatin dengan nasib mangsa boleh menghubungi 03-89485939 untuk pertanyaan lanjut. Presiden disokong - UM

No comments:

Post a Comment