My Add

Friday 2 December 2011

Sukarelawan IAM tetap bersemangat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Disember, 2011:
BIARPUN terpaksa mengharungi laluan sukar mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan, namun Skuad sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM) di negeri itu tetap bersemangat demi memberikan 'sesuap nasi' kepada mereka.

Presidennya, Zawahir Abdullah berkata, bantuan berupa pek makanan itu bukan sahaja diagihkan ke pusat-pusat pemindahan, tetapi juga ke rumah-rumah mangsa yang tidak sempat berpindah agar setiap daripada mereka tidak terlepas menerima bantuan itu.

Katanya, skuad sukarelawan Kelantan yang dipengerusikan oleh Bustanol Ariffin Mohd. Kamal itu terpaksa berulang-alik beberapa kali dari pangkalan ke rumah mangsa banjir terutama di Kampung Kaloi dan Kampung Kolam di Pasir Mas disebabkan kadar muatan bot sangat terhad.

''Masa perjalanan untuk setiap kali penghantaran pula hampir 20 minit dari pangkalan ke perkampungan yang teruk dilanda banjir dengan menggunakan bot kerana hubungan melalui jalan darat telah terputus.

''Mereka juga terpaksa melalui kawasan kebun getah dan kelapa sawit yang hampir tenggelam bagi memastikan misi bantuan terlaksana.,'' katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

IAM memulakan misi bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban mangsa banjir di Kelantan sejak 25 November lalu.

Bagi merancakkan lagi misi bantuan itu, IAM dan Kumpulan Utusan dua hari lalu telah melancarkan Tabung Bencana Banjir IAM-Utusan bagi membantu mangsa bencana alam tersebut.

Zawahir berkata, sehingga hari ini, hampir 50 keluarga telah mendapat bantuan.

''Diharap dengan adanya tabung bencana banjir ini dapat meringankan beban lebih ramai mangsa banjir yang terjejas teruk.

''Hampir 30 rumah terlibat dilanda bencana alam itu terutama di kawasan rendah dengan ketinggian paras kaki mencecah hampir 5 meter,'' katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 5640-7000-2424 atas nama Islamic Aid Malaysia atau menghubungi 03-89485939. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment