My Add

Friday 2 December 2011

Ucapan Najib tunjukkan UMNO bela nasib semua - Tun M

KUALA LUMPUR, KHAMIS 01 Disember, 2011:
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sebagai ucapan yang amat baik kerana ia memperjelaskan bahawa UMNO bukan parti rasis.

Dr. Mahathir berkata, ucapan perdana menteri telah menyedarkan rakyat bahawa UMNO bukan sahaja memperjuangkan semangat orang Melayu tetapi juga perjuangan untuk menjamin kelangsungan bangsa-bangsa lain di negara ini.

"Ia ucapan yang amat baik. Beliau (Najib) memperingati ahli-ahli UMNO berkenaan sejarah UMNO.

"Bagi orang yang tuduh UMNO rasis, beliau menegaskan UMNO bukan sebuah parti rasis...Ia bukan sahaja membantu orang Melayu, tetapi ia juga membantu orang lain (bangsa lain) juga,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas ucapan dasar Najib pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment