My Add

Sunday 4 December 2011

UiTM cipta rekod lagi

Uitm berjaya membaharui rekod masa terbaru iaitu Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 222 Jam anjuran Utusan di UiTM, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 3 Dis. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila berjaya lagi melaksanakan perdebatan bahasa Melayu ala perbahasan Parlimen selama 222 Jam, 44 minit, 12 saat tanpa henti di sini, hari ini.

Dekan Fakulti Pendidikan UiTM, Prof. Madya Dr. Izaham Shah Ismail berkata, Program Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti (Debat 211 Jam) ini telah berjaya mencapai kejayaan tempoh perdebatan selama 222 jam melebihi sasaran awal sekretariat iaitu 211 jam.

"Tempoh itu dipanjangkan kepada 222 jam atas permintaan menggalakkan daripada banyak pihak yang ingin turut serta menjayakan program anjuran UiTM dengan kerjasama Kumpulan Utusan ini.

"Pada tahun 2006, kami telah mencatat rekod MBR dengan penglibatan 600 para peserta selama 100 jam, 10 minit dan 44 saat tetapi hari ini Debat 211 Jam berjaya memecahkan rekod bukan sahaja 211 jam tetapi 222 jam," katanya pada Majlis Penutup Debat 211 Jam di Anjung Sri Budiman, di sini, hari ini.

Perdebatan dalam mengangkat bahasa Melayu ini, jelas Dr. Izaham Shah, harus dipertahankan agar ia tidak hilang ditelan zaman, sekali gus menjadi lambang warisan bangsa pada masa akan datang.

Hadir sama Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim; Pengasas Yayasan Orator, Datin Norjuma Habib Mohammed; Ikon Pidato Malaysia, Datuk Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof; wakil MBR, Zulhairi Md. Zin dan Penasihat program, Noriza Hussin.

Program debat bahasa Melayu bermula pada 24 November lalu dan berakhir hari ini disertai peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM, institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, maktab perguruan, kolej komuniti, politeknik, alumni pertubuhan belia dan sekolah menengah.

Rekod baru yang dicipta menerusi program Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti itu telah berakhir pada sesi perdebatan sidang ke-222 di Anjung Sri Budiman, UiTM di sini pada pukul 3.49 petang, semalam.

Pada sidang terakhir tersebut, pasukan pencadang dan pembangkang, masing-masing merupakan ahli alumni UiTM berdebat mengenai tajuk Artis Medium Menyatukan Rakyat. - MM

No comments:

Post a Comment