My Add

Tuesday 24 January 2012

16 keluarga setinggan di Beaufort pindah ke penempatan semula

AZIZAH Mohd. Dun (tengah) menerima borang permohonan penempatan dari Moksin Ayub (dua dari kanan) yang mewakili 16 keluarga yang mendapat penempatan semula di Kampung Masjid Baru Bekalau di Beaufort, kelmarin.

BEAUFORT, SELASA, 24 Januari, 2012: Sebanyak 16 keluarga yang membina rumah setinggan di Kampung Masjid Baru Bekalau dekat sini, akan ditempatkan semula berikutan tanah yang mereka duduki akan dimajukan oleh pemiliknya.

Wakil penduduk, Moksin Ayub berkata, pihaknya gembira kerana diberikan tempat membina semula rumah selepas terpaksa keluar dari kawasan penempatan yang mereka duduki selama ini.

"Bagi pihak keluarga yang mendapat penempatan semula di kampung ini, kami berasa amat gembira kerana masalah kami mendapat perhatian dan bantuan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun. Kini kami boleh hidup dengan lebih selesa.

"Sehubungan itu kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Azizah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana membantu kami," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu, Azizah yang melawat kawasan penempatan itu menerima borang permohonan penempatan daripada Moksin mewakili 16 keluarga terbabit.

Hadir sama, Ketua Kampung Bekalau, Butui Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bekalau, Rahman Karmo dan Ketua UMNO Cawangan Bekalau, Camarlin Loksil.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klias berharap penduduk terbabit yang ditempatkan di kawasan seluas kira-kira empat hektar itu dapat menjaga penempatan baru mereka terutama dari segi kebersihan dengan sebaik mungkin.

Pada lawatan itu, Azizah turut melawat projek pembinaan jambatan gantung serta jambatan untuk pejalan kaki yang sedang dibaik pulih. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment