My Add

Tuesday 24 January 2012

171 pemilik tanah terima RM11juta

Oleh SOPI SAMAILE

BETONG, SELASA, 24 Januari, 2012: Kerajaan telah membayar pampasan berjumlah lebih RM11 juta kepada 171 pemilik tanah di bahagian ini selepas tanah mereka digunakan bagi melaksanakan lima projek di sini.

Lima projek tersebut ialah Jalan Debak-Kampung Babu-Kampung Bungey-Kampung Lallang di Debak; Jalan Labang-Rh Bebuling Baroh-Skim Tanjung Sebekut di Betong; Jalan Kampung Paloh-Kampung Beting Maro di Kabong; Taman Keluarga dan Tanah Simpanan Kerajaan, juga di Betong.

Cek pampasan tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong di Menara Utama Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Jabu berkata, kerajaan memerlukan tanah rakyat sebagai laluan untuk pembinaan projek pembangunan demi kepentingan rakyat sendiri.

‘‘Kerajaan juga akan terus membela hak rakyat dan tidak akan mengetepikan hak tersebut dengan membayar ganti rugi yang berpatutan.

‘‘Terbukti, pampasan ini bukannya propaganda seperti dicanang oleh pihak pembangkang, tetapi ia satu dasar bagi memberi jaminan kepada pemilik yang menyerahkan tanah mereka untuk projek pembangunan,” katanya.

Jabu berkata, projek pembangunan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk malahan secara tidak langsung mampu meningkatkan taraf hidup rakyat yang tinggal di kawasan terbabit.

“Justeru itu, tanggungjawab saya sebagai pemimpin di sini adalah untuk meneruskan usaha pembangunan di Betong agar ia seiring dengan agenda pembangunan negara,” ujarnya.

Sementara itu, pada majlis sama, Jabu turut menyampaikan cek bernilai RM84,720 kepada Rumah Panjang Mallang Ungap, Lubau dekat sini yang terjejas akibat kebakaran baru-baru ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment