My Add

Wednesday 25 January 2012

300 penduduk Kota Anggerik terima BRIM

AHMAD Nawawi Md. Zin (dua dari kanan) menyampaikan baucar BR1M kepada salah seorang penduduk Kota Anggerik sambil diperhatikan Kamaruddin Ahmad (kanan) di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

SHAH ALAM, RABU, 25 Januari, 2012: Seramai 300 warga Shah Alam menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen Dua di sini yang disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Barisan Nasional (BN) Shah Alam yang juga Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin.

Ahmad Nawawi berkata, pemberian wang bantuan itu membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa memenuhi janji yang dibuat dan tidak berjanji kosong seperti manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 parti pembangkang di Selangor.

"Apabila Perdana Menteri berjanji hendak memberi RM500, beliau memberikannya terus kepada rakyat yang layak, sebagaimana pemberian RM100 untuk setiap pelajar sekolah dan baucar RM200 untuk pelajar universiti.

"Jika dibandingkan dengan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini, subsidi yang diberi seperti air dinikmati oleh semua pihak termasuk orang berada sedangkan subsidi tersebut lebih diperlukan oleh orang miskin," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan BR1M di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Kamaruddin Ahmad dan Ketua Puteri UMNO Shah Alam, Shuratini Abdul Rahman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment