My Add

Sunday 22 January 2012

50 murid kurang berkemampuan terima abntuan basikal

JOHOR BAHRU, AHAD, 22 Januari, 2012: Atas dasar keprihatinan, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) tampil menyumbangkan sebanyak 50 buah basikal bagi kegunaan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara di sini untuk berulang-alik ke sekolah mereka.

Guru Besar sekolah berkenaan, Siti Latifah Adnan berkata, di samping penyerahan bantuan kepada murid-murid kurang berkemampuan dan anak yatim, turut diadakan serahan set pakaian sekolah kepada 65 mangsa kebakaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara pada Julai tahun lalu.

Majlis ini merupakan anjuran bersama MAIJ dan Bahagian Hal Ehwal Murid SK Bukit Mutiara dan ia adalah tanggungjawab kami untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Pihak kami bertanggungjawab memastikan kelancaran proses pembelajaran murid-murid di sekolah ini," katanya.

Majlis penyampaian bantuan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman di sini kelmarin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian Agihan Zakat MAIJ, Abu Dzarr Mohammad.

Dalam pada itu, Siti Latifah menasihatkan agar murid-murid yang menerima bantuan dapat menggunakan basikal yang diberikan sebaik mungkin.

"Basikal ini diberikan adalah untuk memudahkan murid-murid berulang-alik ke sekolah tanpa perlu berjalan kaki.

"Saya berharap, dengan bantuan ini, murid-murid dapat memanfaatkannya dan mampu meningkatkan peratusan kehadiran ke sekolah," jelas beliau.

Tambah beliau, ibu bapa harus memainkan peranan sewajarnya dalam memantau anak-anak mereka yang telah diberikan basikal daripada melencong ke lokasi yang boleh menjebak ke arah masalah sosial. - MM

No comments:

Post a Comment