My Add

Wednesday 25 January 2012

5,217 terima baucar buku

ISMAUL Taib (depan, tiga dari kanan) memegang replika baucar bernilai RM 1,043,400.00 sebagai simbolik agihan kepada para pelajar di Telok Kemang, Negeri Sembilan,baru-baru ini.

TELOK KEMANG, RABU, 2 Januari, 2012: Seramai 5,217 penuntut Politeknik Port Dickson menerima baucar buku RM200 pada majlis penyerahan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) di sini baru-baru ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib.

Ketika berucap pada majlis berkenaan, Ismail berkata, pemberian baucar itu adalah atas sikap prihatin kerajaan dalam meringankan beban penuntut bagi membolehkan mereka mendapat bahan bacaan untuk tujuan pembelajaran.

"Ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif kerajaan kepada golongan mahasiswa kerana ramai antara kita tidak mampu membeli buku atau kelengkapan pengajian," katanya.

Ismail juga berharap pemberian baucar itu mendorong para mahasiswa meningkatkan usaha mereka untuk berjaya dalam pelajaran.

Bagi Nurul Ain Wahidah Aznan, 21, dia gembira apabila menerima baucar berkenaan dan akan menggunakannya untuk membeli buku-buku rujukan.

Rakannya, Nurul Atiqah Norafandi, 21, pula berkata, pemberian baucar itu tepat pada masanya kerana harga buku terus meningkat dan membebankan mahasiswa.

"Pemberian baucar ini cukup menggembirakan kami dan sudah pasti ia akan digunakan sebaiknya untuk keperluan pengajian," katanya.

Mohd. Nashruddin Marsidi, 23, pula berkata, bantuan kerajaan itu merupakan rangsangan dan galakan kepada para pelajar memasuki institusi pengajian tinggi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment