My Add

Sunday 8 January 2012

Anwar Ibrahim tamak kuasa

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Januari, 2012: Impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Perdana Menteri sementara jika beliau dipenjarakan atas tuduhan meliwat sememangnya tidak realistik.

Ini kerana menurut Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu melalui tiga syarat utama untuk melaksanakan hasrat tersebut iaitu memenangi pilihan raya umum beserta keputusan majoriti dua pertiga pembangkang.

Kedua jelasnya, Anwar perlu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat diikuti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong tanpa ada unsur-unsur paksaan.

"Namun, dalam Islam tiada orang yang berebut kuasa sampai begitu sekali sehingga mahu melantik Perdana Menteri sementara semata-mata gilakan kuasa.

"Anwar terlalu terdesak tamakkan kuasa. Kelakarnya, dia bercakap seolah-olah dia penentu segala-galanya. Adakah rakyat tidak nampak lagi siapa dia ini...hanya pentingkan diri," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Anwar semalam dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini berkata, sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak beliau akan menjadi Perdana Menteri biarpun dipenjarakan kerana sementara menjalani hukuman tersebut beliau akan melantik Perdana Menteri sementara.

Namun, menurut Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah Politik Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff, sekalipun Anwar berjaya meletakkan Perdana Menteri sementara itu, adakah beliau yakin individu berkenaan mahu melepaskan jawatan itu apabila tiba masanya.

"Inilah risiko terbesar untuk Anwar. Kita tidak boleh baca masa depan. Seperti yang kita tahu, pembangkang kalau sudah dapat kuasa tidak mudah nak lepas begitu sahaja, mungkin ini akan berlaku. Anwar kuat sangat main spekulasi," katanya.

Ketua Kluster Governas, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, adalah tidak adil bagi rakyat untuk mempunyai seorang Perdana Menteri yang dilantik dengan cara seperti yang Anwar impikan itu.

"Mungkin adil bagi penyokong beliau atau bagi pengundi yang memilih beliau, tetapi bagaimana pula bagi rakyat yang tidak mengundi? Mereka mungkin menganggap cara ini satu tindakan yang tidak masuk akal," katanya.

Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang pula berpendapat, Anwar hanya bermimpi di siang hari apabila mengatakan beliau akan tetap menjadi Perdana Menteri walaupun dipenjarakan.

Katanya, kenyataan Anwar itu hanya berdasarkan andaian-andaian yang dibuat sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap kes liwatnya.

"Apa yang akan berlaku adalah atas keputusan mahkamah. Masyarakat boleh membuat penilaian tentang apa yang diandaikan itu. Ini seolah-olah mimpi di siang hari," katanya. - MM

No comments:

Post a Comment