My Add

Thursday 12 January 2012

Bekas Naib Presiden Pas berhak buat rayuan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berhak membuat rayuan selepas dipecat daripada parti.

Untuk tempoh ini, katanya, beliau perlu menunggu proses rayuan itu selesai sebelum satu keputusan mengenainya dibuat bersama Majlis Syura Ulama.

''Buat masa ini (semua pihak) mestilah akur dengan keputusan parti. Saya perlu tunggu rayuannya (selesai) dan di situ nanti akan diambil satu keputusan.

''Di kala itu nanti pendapat saya bersama Majlis Syura Ulama,'' katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau yang juga seorang ulama disegani di dalam Pas berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut terbaru Pas itu sehingga membawa kepada pemecatan Hasan Ahad lalu.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam akhbar hari ini akur dengan keputusan parti untuk memecat keahlian bekas Naib Presiden Pas itu. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment