My Add

Sunday 8 January 2012

Elok guna pengangkutan awam Isnin ini

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Januari, 2912: Orang ramai yang akan berurusan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Bangunan Matrade dan Bangunan Kompleks Kerajaan, pada Isnin ini diminta menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat-tempat tersebut.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, pihaknya menjangka kesesakan lalu lintas di sekitar jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade dan Bangunan Kompleks Kerajaan bermula pukul 7 pagi.

Katanya, antara jalan-jalan masuk yang dipercayai sesak adalah Jalan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha.

"Bagi kakitangan pejabat yang bertugas di bangunan-bangunan tersebut juga dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam.

"Kita juga berharap agar orang ramai mematuhi arahan dan memberi kerjasama kepada anggota polis yang bertugas selain memastikan kenderaan masing-masing tidak diletakkan di tempat yang menghalang lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook Polis Kuala Lumpur. - MM

 

No comments:

Post a Comment