My Add

Sunday 8 January 2012

Jangan timbulkan huru-hara

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Januari, 2012: Penganjur ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ diingatkan supaya tidak menimbulkan huru-hara dengan cara melakukan perarakan setelah polis bersetuju membenarkan mereka melakukan perhimpunan aman pada Isnin ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam masa sama mengingatkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengotakan janjinya kepada pihak polis untuk mengawal tingkah-laku setiap pengikut pakatan pembangkang pada hari perhimpunan itu diadakan.

Katanya, semua pihak terutama penganjur perhimpunan harus sedar bahawa persetujuan polis itu adalah bersandarkan kepada kebenaran melakukan perhimpunan aman dan bukannya perarakan haram.

“Mereka perlu memastikan perhimpunan itu dibuat secara aman jika mereka mahu dihormati dan tidak dianggap sebagi penghasut kepada kekecohan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengulas keputusan polis Kuala Lumpur membenarkan penganjur ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Isnin depan dengan syarat ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur. - MM

No comments:

Post a Comment