My Add

Friday 6 January 2012

Ibu tunggal dipelawa isi 1,000 jawatan kosong di NEP

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 Januari, 2012: Syarikat pembekal penapis air antarabangsa, Nature Environment Products Sdn Bhd (NEP), hari ini mempelawa ibu tunggal untuk menghadiri temuduga pekerjaan yang akan diadakan di lima wilayah di Semenanjung mulai Rabu ini. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kei, berkata NEP mahu mengisi 1,000 jawatan kosong sebagai Perunding Perkhidmatan Diamond kepada mereka dan ibu tunggal terpilih boleh bertugas mengikut masa anjal yang sesuai.

"Penawaran kerja ini bertujuan membantu ibu tunggal mengatasi masalah kewangan mereka. Program ini khusus bagi ibu tunggal berusia 21 tahun ke atas dan bertujuan membangunkan mereka sebagai individu berjaya kerana mereka turut memainkan peranan sebagai bapa," katanya pada sidang media mengenai "Kerja Impian Bagi Ibu Tunggal" di sini hari ini.

Beliau berkata, projek tanggungjawab sosial korporat itu dilaksanakan dengan kerjasama kementerian akan meyediakan latihan profesional selain program pembangunan individu 60 jam, penampilan diri, kemahiran antara perorangan, kemahiran komunikasi, pengurusan masa dan keibubapaan dengan tujuan menggalakkan pengembangan diri dan membina semula keyakinan. 

Heng berkata, temuduga berkenaan akan diadakan di Seri Kembangan dan Puchong, Selangor; Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Ipoh, Perak; Skudai, Batu Pahat dan Kluang, Johor; Kota Baharu, Kelantan; Kuantan, Pahang dan Seremban, Negeri Sembilan. 

"Sesi temuduga akan bermula jam 10 pagi hingga 5 petang pada setiap Rabu, tetapi di beberapa tempat seperti Ipoh, Seri Kembangan, Kepong dan Puchong temuduga akan dilakukan pada Khamis," katanya. 

Pemohon mestilah mempunyai kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia dan diploma serta membawa salinan kad pengenalan, sijil perceraian, sijil lahir anak dan dua keping gambar bersaiz pasport. 

"Mereka akan ditawarkan gaji bulanan 25 peratus lebih tinggi daripada gaji asas pasaran dan bonus bulanan bagi perkhidmatan pekerjaan yang bermula daripada RM,1000 manakala insentif perkhidmatan adalah berasaskan kepada jumlah bilangan pelanggan, potensi pendapatan bulanan sehingga RM1,300 sebulan atau lebih," katanya. 

Heng berkata, prestasi perkhidmatan akan disemak semula selepas tempoh percubaan tiga bulan dengan mereka yang berprestasi baik berpeluang untuk dinaikkan pangkat menjadi anggota keluarga NEP dan yang lebih penting kerja mereka tidak menjejaskan masa mereka bersama dengan anak-anak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment