My Add

Wednesday 18 January 2012

Isu air: MTRK tidakk berdiam diri

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR

KOTA BHARU, RAABU, 18 Januari, 201: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) tidak akan berdiam diri daripada terus mendesak kerajaan Pas Kelantan menyelesaikan isu air sekiranya tempoh penyerahan memorandum menuntut perkara itu gagal dilaksanakan.

Presidennya, Azmi Ali berkata, MTRK amat peka dengan situasi rakyat yang terbelenggu dengan masalah tersebut sejak sekian lama memandangkan air keperluan utama rakyat.

Sehubungan itu beliau menyeru semua pihak sama ada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu, tampil bersama-sama MTRK atas satu matlamat iaitu memperjuangkan isu rakyat yang gagal diatasi kerajaan negeri sehingga kini.

“Baru-baru ini MTRK telah menyerahkan satu memorandum meminta kerajaan negeri selesaikan isu air ini dalam tempoh dua bulan. Tapi nampaknya masih belum ada apa-apa respons.

“Bagaimanapun, itu tidak mengapa kerana tempohnya masih belum sampai dan kita akan tunggu apa kesudahannya. Tetapi sekiranya tidak ada juga apa-apa tindakan selepas itu, MTRK tidak akan berdiam diri,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Menurut Azmi, dalam isu berkenaan MTRK telah pun menyusun beberapa rancangan yang akan dilaksanakan sekiranya kerajaan negeri terus gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Isu air yang mengundang keresahan rakyat negeri ini telah berlarutan sejak dua dekad lalu apabila ia terus gagal diatasi oleh kerajaan Pas Kelantan walapun Kerajaan Pusat sudah menyalurkan bantuan sebanyak RM600 juta.

Pada Disember lalu, MTRK mengadakan perhimpunan aman menyerahkan memorandum menuntut kerajaan negeri menyelesaikan masalah air bersih dengan menerima pelan dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Mengulas lanjut, Azmi berkata, Pas yang telah melabelkan kerajaannya sebagai kerajaan kebajikan dan mendukung prinsip Islam, tidak sepatutnya terus membiarkan rakyat mengalami kesulitan sehingga tempoh begitu lama.

Justeru katanya, MTRK akan terus menjadi medium kepada rakyat untuk membawa perubahan kepada senario politik Kelantan yang berdepan banyak masalah setelah lebih 20 tahun di bawah pemerintahan Pas.

Dalam pada itu, beliau yakin masalah air di negeri ini akan selesai dalam masa singkat jika ia diserahkan kepada SPAN atau Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment