My Add

Monday 16 January 2012

Jadikan pencegahan jenayah sebagai budaya

LEE Lam Thye (dua dari kiri), Tun Hisan Tun Hamzah (dua dari kanan) dan Jeffrey Cheah (kanan) merasmikan ' Kempen Balik Kampung - Rumah Selamat' sempena Tahun Baru Cina di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, baru-baru ini.


SUBANG JAYA, ISNIN, 16 Januari, 2012:Masyarakat perlu menjadikan pencegahan jenayah sebagai budaya jika mahu kadar jenayah menurun sehingga ke tahap paling minimum.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penerapan budaya itu bukan sahaja penting tetapi juga paling berkesan dalam usaha memerangi jenayah.

Menurutnya, walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menurunkan kadar jenayah setiap tahun, hakikatnya kes jenayah masih menakutkan masyarakat.

"Oleh itu, penting untuk masyarakat menjadikan pencegahan jenayah sebagai budaya yang diamalkan setiap masa.

"Dengan cara ini, hubungan polis dan masyarakat dapat dirapatkan, sekali gus berganding bahu mencegah jenayah," katanya ketika berucap pada Kempen Balik Kampung - Rumah Selamat Sempena Tahun Baru Cina di Sunway Pyramid di sini.  

Kempen tersebut dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dengan disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah.

Sementara itu, Tun Hisan memberitahu, walaupun kadar jenayah pada Tahun Baru Cina tahun lalu dapat dikurangkan sebanyak 46.51 peratus, namun masih terdapat kekurangan kesedaran di kalangan masyarakat.

"Daripada beribu-ribu borang bagi memaklumkan ketiadaan penghuni di rumah yang diedar di daerah Subang Jaya, hanya 667 sahaja dipulangkan kepada polis untuk pemantauan.

"Pada tahun ini, polis berharap lebih ramai akan memulangkan borang berkenaan," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment