My Add

Monday 23 January 2012

Kaum Cina Sabah tetap dibela

KOTA KINABALU, ISNIN, 23 Januari, 2012: Rakyat Sabah perlu bersikap inovatif dan berfikir di luar kebiasaan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, walaupun Sabah terus mencatat pertumbuhan dalam industri minyak dan gas, minyak sawit dan pelancongan, usaha perlu dipertingkatkan untuk memastikan negeri itu mencapai lebih banyak kejayaan besar.

"Ini termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir. Saya gembira kerana mendapati pendidikan tinggi semakin berkembang di Sabah, dengan institusi pengajian tinggi khusus melebarkan sayapnya ke merata bahagian negeri itu.

"Saya yakin lebih banyak pusat kemahiran akan dibuka dalam tempoh terdekat, yang menawarkan pendidikan berkualiti kepada rakyat di tempat mereka tinggal," kata Musa dalam perutusan Tahun Baru Cina, semalam.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri, berkata kerajaan akan terus memastikan rakyat negeri itu mempunyai masa depan yang cerah serta makmur, walaupun dikritik pihak tertentu.

Beliau mengulangi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa kerajaan akan menyokong pertumbuhan sekolah, rumah ibadat dan kegiatan masyarakat Cina dengan terus memberi bantuan kewangan.

Musa juga menyeru pertubuhan bukan kerajaan Cina seperti Persekutuan Persatuan Cina Sabah dan Gabungan Dewan Perniagaan Cina Sabah supaya terus memperkukuhkan budaya masyarakat itu di negeri itu. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment