My Add

Sunday 15 January 2012

Kerajaan Selangor tersasar jauh

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Januari, 2012:Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dianggap tersasar jauh dalam soal mentadbir urus negeri kerana pemimpinnya terlalu mengejar kuasa politik.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pemimpin parti pembangkang di negeri itu dilihat rakus berjuang bagi kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk kebajikan rakyat.

“Isu sampah, denggi, lambakan hotel bajet, rumah urut, kekurangan rumah kos rendah, jalan berlubang, penyelewengan serta pertelingkahan sana-sini bagaikan fenomena biasa di Selangor.

“Semua ini memberi kesan buruk kepada rakyat. Namun pemimpinnya pula terus mahu mempertahankan kedudukan politik mereka,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh PKR Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun.

No comments:

Post a Comment