My Add

Tuesday 24 January 2012

Perkeso bayar faedah RM1.7 bilion kepada OB pada 2010

BENTONG, SELASA, 24 Januari, 2012: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar faedah sebanyak RM1.7 bilion kepada pekerja atau Orang Berinsuran (OB) yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan mereka hilang upaya dan keilatan sepanjang 2010.

Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Operasi Perkeso, Dr. Mohamed Azman Aziz Mohamed berkata, bagi 2011, mulai Januari hingga Oktober, bayaran yang dibuat ialah RM1.4 bilion.

Beliau berkata, Perkeso akan menambah baik mutu perkhidmatan dengan turun padang untuk mendekati pelanggan mulai tahun ini.

Selain itu katanya, hubungan akrab majikan dengan media massa dan pemimpin setempat memudahkan usaha Perkeso menunaikan tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan.

"Sebagai contoh, sekiranya media massa menyiarkan kejadian kemalangan, Perkeso akan menyiasat sama ada mangsa OB ataupun tidak,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment