My Add

Thursday 12 January 2012

Muhammad Ali kini berusia 70 tahun

 
WASHINGTON, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Ikon sukan tinju, Muhammad Ali, yang dipenjara kerana enggan berkhidmat sebagai askar, berusia ke-70 semalam dan kembali ke kampung halamannya di Louisville, Kentucky bagi meraikan majlis hari lahirnya, Sabtu ini. 

Rakan dan ahli keluarga memberi penghormatan kepada bekas juara tinju heavyweight dunia itu di Muhammad Ali Center, sebuah muzium dan kebudayaan yang dibuka sejak November 2005 dan mengabadikan hidup beliau dan kerjayanya.

Pembimbing setia, Angelo Dundee dan isteri Muhammad Ali, Lonnie, ialah antara tetamu yang akan hadir pada majlis makan malam itu yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti selama seminggu di pusat berkenaan dengan tema "Tujuh hari untuk tujuh dekad." - AFP

No comments:

Post a Comment