My Add

Thursday 26 January 2012

Pelajar mesti tolak ketaksuban melampau

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta puterinya berkenan melawat taman orkid selepas merasmikan Taman Teknologi Hijau di SMSTSP di Kangar, kelmarin.

KANGAR, KHAMIS,  26 Januari, 2012: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta golongan pelajar menolak ketaksuban melampau dengan terlibat dalam melibatkan aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti pergaulan bebas dan jenayah.

Titah baginda, ibu bapa, guru serta masyarakat perlu membantu membentuk pemikiran pelajar dengan sentiasa memberi penjelasan sebenar mengenai setiap perkembangan semasa.

"Mereka tidak boleh melarang atau mengkritik para pelajar dan golongan remaja tanpa memberi penjelasan yang dapat membuka fikiran mereka," titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan program Titian Kasih Mega Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) di sini, baru-baru ini.

Sempena program bertemakan Rakyat Perlis Bermentaliti Kelas Pertama itu, Raja Muda Perlis yang diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut melancarkan Kelab Woodball SMSTSP atas inisiatif alumni sekolah itu.

Turut dirasmikan ialah dua rumah rehat yang boleh disewakan kepada orang ramai.

Baginda juga berkenan merasmikan Taman Teknologi Hijau yang dikendalikan sendiri oleh para pelajar sekolah itu melalui bimbingan guru-guru. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment