My Add

Monday 9 January 2012

Pelancongan Muslim tarikan baru

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Januari, 2012: Pelancongan Muslim merupakan tarikan baru kepada rakyat Malaysia sekali gus membantu pertumbuhan industri berkenaan di negara ini.

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Mohd. Khalid Harun berkata, kini terdapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai terhadap produk pelancongan tersebut.

"Kita dapati ramai yang mahu perkhidmatan pelancongan Islam termasuk pelancong luar negara seperti China dan negara Arab.

"Ini juga akan menjadi salah satu usaha dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat dan hab halal bukan sahaja meliputi makanan, malah perkhidmatan," jelasnya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengerusi MATTA Selangor, Akil Yusof.

Selain itu, beliau berkata, MATTA akan mempromosikan produk pelancongan Muslim sempena World Islamic Tourism Mart (WITM) 2012 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 31 Mei sehingga 21 Jun ini.

"Lebih menarik lagi kami juga akan mengadakan Selangor MATTA Islamic Travel Fair (SMITF) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dari 10 hingga 12 Februari depan.

"Pameran ini akan memberi peluang kepada orang ramai serta ejen pelancongan untuk memberikan penawaran pakej dan produk dengan harga yang terbaik," katanya.

No comments:

Post a Comment