My Add

Tuesday 24 January 2012

Pembangkang ibarat ketam ajar anak berjalan lurus

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Januari, 2012: Pemimpin-pemimpin pembangkang di negara ini dicabar melakukan perubahan dalam parti masing-masing sebelum menuntut kerajaan melakukan perkara sama.

Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahim menegaskan, tindakan pembangkang yang kerap mendesak kerajaan melakukan perubahan ibarat 'ketam mengajar anak belajar jalan lurus'.

"Mana janji-janji pembangkang yang mahu melakukan pelbagai perubahan sebelum pilihan raya umum dahulu? Sekarang sudah memerintah empat negeri pun masih gagal melakukan perubahan seperti dijanjikan.

"Kenapa mahu mendesak orang lain berubah sedangkan diri sendiri tidak pernah mahu berubah dan tidak pernah berubah? Jangan jadi seperti ketam mengajar anak berjalan lurus," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohamad Zaidan berkata, sikap suka mendesak itu memperlihatkan pakatan pembangkang semakin terdesak untuk menarik kembali sokongan rakyat yang semakin pudar.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pelbagai program transformasi yang kini kesannya mula dinikmati rakyat.

"Lihat tindakan berani Perdana Menteri memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Itu antara perubahan yang dilakukan demi kesejahteraan rakyat.

"Sekarang pihak pembangkang seperti sudah hilang fokus sehingga melemparkan pelbagai fitnah untuk menggagalkan program transformasi kerajaan yang mendapat sokongan rakyat," ujarnya. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment