My Add

Monday 9 January 2012

Penganjur jangan berdolak-dalik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Januari, 2012: Penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 tidak perlu berdolak-dalik atau cuba memanipulasi keputusan mahkamah demi mencapai cita-cita politik.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (gamba) berkata, mereka perlu mengikut kesemua 10 syarat yang ditetapkan oleh polis setelah pihak tersebut bersetuju membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu.

"Mereka perlu menghormati keputusan mahkamah dan jangan bertindak seperti sudah tahu bersalah.

"Bukan mereka sahaja yang memerlukan keadilan, Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) juga memerlukan pembelaan mengikut undang-undang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mendakwa polis tidak mengenakan sebarang syarat ketika mereka bersetuju membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Isnin ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, persetujuan bersyarat polis itu adalah berasaskan kepada kebenaran untuk melakukan perhimpunan aman dan bukannya memberi ruang bagi melakukan huru-hara.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak polis perlu bertegas dan jangan terperangkap dengan permainan politik kotor penganjur yang cuba berdolak-dalik mengenai syarat-syarat tersebut.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata, tindakan pembangkang itu seperti mereka memang ingin mencetuskan kekecohan bagi menggambarkan Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mempunyai sokongan kuat rakyat.

"Bagaimanapun perkara seperti itu akan memberi imej yang buruk kepada negara," ujarnya.

No comments:

Post a Comment