My Add

Friday 20 January 2012

Polis buat kajian kemalangan sepanjang Ops Sikap

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Polis akan membuat kajian terperinci setiap hari mengenai kes kemalangan yang berlaku semasa Ops Sikap kali ini bagi mengenal pasti punca kemalangan itu.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Salleh Mat Rashid berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat setiap hari bagi menganalisis punca dan jenis kemalangan yang berlaku semasa Ops sikap kali ini bagi memudahkan anggota polis melakukan penguatkuasaan secara berkesan.

"Apa yang saya lihat dari Ops Sikap yang masuk hari kelima ada penurunan dari segi kematian berbanding tahun lepas dan saya lihat ada keberkesanan dari segi penguatkuasaan yang kita gunakan.

"Kita akan guna pendekatan yang terbaik... polis ada menubuhkan satu tim pemantau pada kali ini untuk memastikan keberkesanan Ops Sikap,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Perdana Bulanan di Masjid Bukit Aman di sini hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment