My Add

Tuesday 17 January 2012

Rais Yatim lawat Kompleks KPKK di Putrajaya

PUTRAJAYA, SELASA 17 Januari, 2012: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim melawat Kompleks Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Persiaran Perdana, Presint 4, di sini semalam.

Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamarudin Siaraf serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

Beliau kemudiannya diberikan taklimat oleh Kamarudin mengenai operasi di bangunan itu yang menempatkan jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah kementerian.

Antara yang telah berpindah ke situ adalah Jabatan Penerangan yang memulakan operasi secara rasmi pada 1 November tahun lepas, Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat, Pusat Operasi Pertukaran Berita dan Bahan Penyiaran serta Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Kebudayaan).

Selain Kompleks KPKK, turut ditempatkan di Persiaran Perdana adalah bangunan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment