My Add

Tuesday 10 January 2012

Sampel tulang tidak dapat dianalisis kerana rapuh

SHAH ALAM, SELASA, 10 Januari, 2012: Seorang pensyarah Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bahawa beliau tidak dapat membuat kesimpulan terhadap sampel-sampel tulang di dalam kes itu.

Prof. Dr. Faridah Mohd. Nor, 49, memberitahu mahkamah, beliau tidak dapat membuat ujian kaedah pemeriksaan tulang menggunakan mikroskop yang menjadi kepakaran beliau bagi menentukan sama ada tulang-tulang itu adalah tulang manusia atau haiwan kerana keadaan sampel yang rapuh.

Saksi ke-80 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, R.Matan dan R. Khatavarayan yang dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.a

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010 dan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment