My Add

Thursday 12 January 2012

Selangor perlu akui berdepan risiko krisis air 2014

PUTRAJAYA, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Kerajaan negeri Selangor perlu menilai dan menyemak semula hasil kajian yang menafikan negeri itu bakal berdepan dengan risiko krisis air pada 2014.

Ini kerana amaran Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual menjelang sambutan Tahun Baru Cina adalah petanda awal bahawa Selangor juga berdepan risiko krisis air sebagaimana Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon berkata, kerajaan negeri Selangor sebelum ini mendakwa Kerajaan Persekutuan cuba mempolitikkan isu air serta menakutkan rakyat bahawa krisis air akan berlaku pada 2014.

‘‘Hakikatnya masalah air telah berlaku seawal 2012 dan cuba bayangkan keadaannya pada 2014 jika pemindahan air dari Pahang ke Selangor tidak dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Syabas sebelum ini memberi amaran bahawa hampir 1.5 juta pengguna di beberapa kawasan di Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan menghadapi tekanan air rendah bagi tempoh yang tidak dapat dipastikan.

Ini berikutan permintaan yang semakin meningkat oleh pengguna sejak kebelakangan ini.

No comments:

Post a Comment