My Add

Friday 20 January 2012

Tahun Naga tingkatkan lagi hubungan Malaysia-China

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Kehadiran tahun naga diharap akan meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, khususnya dalam bidang politik, ekonomi dan dagangan.

Sambil mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina, Muhyiddin berkata, ketibaan sambutan itu diharap akan membawa kekayaan dan kemakmuran bagi kedua-dua negara.

"Kita gembira mendengar perkembangan hubungan yang semakin mantap antara kedua-dua negara, khususnya dalam politik, ekonomi dan dagangan," katanya di sini, semalam.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis Resepsi Festival Tahun Baru Lunar 2012 yang dihadiri Duta China ke Malaysia, Chai Xi.

Hadir sama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Terdahulu, Xi berkata, China berazam untuk terus memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan negara ini untuk masa depan yang lebih menguntungkan kedua-dua negara.

"Negara ini kekal sebagai rakan dagangan China terbesar di rantau Asia buat empat tahun berturut-turut, manakala China menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia," katanya.

Majlis anjuran Kedutaan China yang dimeriahkan dengan persembahan tarian naga itu dihadiri kira-kira 1,000 tetamu. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment