My Add

Thursday 26 January 2012

Tuanku Ampuan Besar NS lawat USIM

TUANKU Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud (tiga dari kanan) berkenan meninjau Studio Radio USIM ketika melawat Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, semalam. Turut hadir Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz dan Tunku Datuk Nazihan Tunku Muhammad Rus.

SEREMBAN, KHAMIS, 25 Januari, 2012: Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud hari ini berkenan mengadakan lawatan rasmi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini, semalam.

Baginda diiringi anakanda, Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz dan kerabat diraja, Tunku Dato' Nazihan Tunku Muhammad Rus.

Lawatan itu sempena pemasyhuran baginda sebagai Canselor USIM pada Disember tahun lalu.

Ketibaan baginda disambut Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Md. Nor, Naib Canselor, Prof. Datuk Muhamad Muda, Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi.

Dalam lawatan itu baginda diberi taklimat mengenai perjalanan universiti oleh Muhamad Muda sebelum melihat persekitaran universiti itu, khususnya di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.

Di fakulti itu, baginda diberi penerangan mengenai kemudahan pembelajaran, selain berkunjung ke studio radio, televisyen dan Makmal Kaunseling Kanak-Kanak.

Baginda kemudian dibawa melihat perpustakaan dan diberi penjelasan mengenai kaedah pinjaman buku melalui kios.

Pada akhir lawatan, baginda menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia cawangan daerah Seremban iaitu Pusat Jagaan Harian Warga Tua Seremban dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan Negeri Sembilan. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment