My Add

Saturday 14 January 2012

UMNO Sabah sedia hadapi pilihan raya mengejut

KOTA BELUD, JUMAAT, 13 Januari, 2012UMNO Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum walaupun jika diadakan secara mengejut, kata Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, UMNO Sabah akan berhempas pulas memberi kemenangan bagi membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh mandat jelas dalam pilihan raya akan datang untuk terus mentadbir negara.

"Jentera peringkat bawah UMNO Sabah sangat teguh. Jentera kami di bahagian bawah sudah bersedia mempertahankan Sabah, dan bersama-sama parti komponen lain menjadi benteng kepada Barisan Nasional,” katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pilihan raya UMNO Bahagian Kota Belud di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment