My Add

Thursday, 27 October 2011

Australia masih minat perjanjian pemohon suaka


NAJIB Razak menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Building Infrastructure for the 21st Century’ di Forum Perniagaan Komanwel sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, hari ini. - Foto BERNAMA

KHAMIS, 27 Oktober, 2011: Australia masih berminat untuk melaksanakan perjanjian pemohon suaka dengan Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Australia masih lagi minat tetapi tidak mempunyai majoriti yang mencukupi (untuk menyokong cadangan) malah mereka hanya memerlukan satu undi sahaja lagi untuk menyokong cadangan itu,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard di Perth, Khamis.

Menurut liputan Bernama, dua pemimpin tersebut membincangkan isu-isu dua hala dalam pertemuan tersebut. Najib dan Gillard berada di ibu negeri Australia Barat ini bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan mesyuarat berkaitan.

Berikutan itu, Najib berkata cadangan tersebut ditangguhkan sehingga satu masa mereka mendapat sokongan yang mencukupi dan membentangkannya di Parlimen Australia.

Malaysia dan Australia menandatangi perjanjian pertukaran pelarian dan pemohon suaka di Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu.

Perjanjian itu melibatkan Australia menghantar 800 pemohon suaka ke Malaysia sebagai pertukaran untuk menerima 4,000 pelarian yang telah diproses.

Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan Australia menangguhkan pelaksanaan pertukaran suaka itu selepas Mahkamah Tinggi Australia memutuskan bahawa perjanjian sedemikian antara kerajaan Australia dan Malaysia menyalahi undang-undang. 

No comments:

Post a Comment