Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
SABTU, 29 Oktober, 2011: Kepemimpinan universiti awam berpendapat Pelan Tindakan Bagi Memartabatkan Bahasa Melayu tidak bercanggah dengan hasrat mereka menjadikan institusi masing-masing bertaraf antarabangsa.
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Suhadi, berkata syarat kenaikan pangkat berdasarkan karya dalam bahasa Melayu memang wujud dalam sistem universiti, lapor Berita Harian.
Namun, saya kira ini bukan syarat wajib naik pangkat dan keluwesan diberi kepada universiti untuk menentukan sama ada ingin dijadikan syarat wajib, bilangan atau kuantiti penerbitan serta kualiti penerbitan yang membolehkan kakitangan akademik.
Saya tidak nampak apa-apa percanggahan. Ini tidak bermakna kita menurunkan kriteria lain khususnya penerbitan ilmiah seperti ISI, paten, hak cipta, penjanaan pendapatan dan kesarjanaan lain, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas langkah Kementerian Pengajian Tinggi melancarkan pelan berkenaan kelmarin yang mempunyai empat strategi iaitu mengukuhkan bahasa Melayu dalam pembelajaran dan pengajaran; dalam penyelidikan dan penerbitan; me-ningkatkan pengiktirafan akademik bahasa Melayu dalam disiplin ilmu serta meningkatkan pengantarabangsaan bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment