My Add

Thursday, 27 October 2011

Fitnah polis: Perbicaraan Mat Sabu pada 19-23 Disember

KHAMIS, 27 Oktober, 2011: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 19 hingga 23 Disember ini untuk perbicaraan kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini, pada 21 Ogos lepas.

Menurut Bernama, Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Disember ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan. 

No comments:

Post a Comment