ISNIN, 31 Oktober, 2011: Sebenrnya cerita kelakuan dua budak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun ini bukanlah pelik sangat, tetapi kepintaran mereka teruji.
Namun begitu kegiatan mereka mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar Presint 8 di Putrajaya, patut menjadi perhatian dan diambil berat oleh ibubapa sekelian.
Menurut laporan Bernama, berdasarkan siasatan polis, dua budak itu memasuki rumah berkenaan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabila pemilik rumah keluar bekerja pada waktu pagi.
Kegiatan mereka terbongkar, apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai apa yang telah dilakukan mereka sejak enam bulan lalu.
Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abd Majid hari ini berkata, seorang rakan mereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.
Menurut beliau, kedua-dua budak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu kegiatan mereka, malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.
Berang dengan cerita itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu bapanya.
Terkejut mendengar perkara tersebut, bapa berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis.
Kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40 petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada hari Ahad, 28 Oktober lalu.
Kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40 petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada hari Ahad, 28 Oktober lalu.
Setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengaku melakukan kegiatan tersebut.
No comments:
Post a Comment