My Add

Saturday 29 October 2011

Yen Yen bimbang industri pelancongan Kedah kian merosot

SABTU, 29 Oktober, 2011: Kementerian Pelancongan bimbang dengan industri pelancongan di Kedah yang semakin suram ekoran jumlah kedatangan pelancong asing dan tempatan ke negeri ini kian merosot sejak 2008.

Menterinya, Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, statistik menunjukkan bahawa jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini merosot kepada 3.8 juta pelancong pada 2008 dan 2009 berbanding 4.5 juta pelancong tahun sebelumnya.

Katanya, jumlah itu terus merosot pada tahun lepas iaitu hanya 2.7 juta, manakala jumlah pelancong asing turut merosot daripada 1.8 juta pada 2007 kepada 1.6 juta orang pada 2008, naik sedikit kepada 1.9 juta pada 2009, tetapi merosot teruk kepada 1.1 juta pada 2010, lapor Bernama.

"Malaysia menerima 23 juta pelancong asing pada 2009 dan meningkat kepada 24.6 juta orang tahun lalu, namun mereka tidak datang ke Kedah dan memilih untuk melancong ke negeri lain seperti Sabah.

"Kerajaan negeri jangan anggap Kedah hanya ada Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan menarik. Malah mereka boleh promosikan produk pelancongan lain seperti muzium padi dan pusat kampung budaya yang perlu dijaga dan diselenggara dengan baik,” katanya pada sidang media selepas melawat Balai Seni di Alor Setar, hari ini.

Yen Yen berkata, beliau kesal dengan kegagalan kerajaan negeri mengurus kampung budaya itu dan kementeriannya pula tidak berhak untuk campur tangan dalam hal itu kerana ia hak kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment