My Add

Thursday 27 October 2011

Dr. Azizan Timbalan Ketua Pengarah IKIM baharu

KHAMIS, 27 Oktober, 2011: Pensyarah Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya Profesor Datin Dr. Azizan Baharuddin dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuat kuasa 1 November ini.

Menurut kenyataan IKIM yang dipetik Bernama hari ini, pelantikan itu dibuat secara pinjaman daripada Universiti Malaya selama dua tahun.

Beliau menggantikan Profesor Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin yang dilantik Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru-baru ini.

Azizan, 56, mempunyai 33 tahun pengalaman dalam pendidikan sains di peringkat nasional dan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment