My Add

Tuesday 25 October 2011

Writ saman UMNO P. Pinang diserah kepada Guan Eng

SELASA. 25 Oktober, 2011: Writ saman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserahkan kepada Lim menerusi peguam Abdul Rauf Abdul Samad yang mewakili Tetuan Jahaberdeen & Co.

Abdul Rauf berkata, writ saman itu diterima oleh seorang petugas di pejabat Ketua Menteri, lapor Bernama.

"Kami mohon untuk berjumpa dan menyerahkan writ saman ini kepada Ketua Menteri sendiri tetapi beliau enggan dan hanya menghantar wakilnya,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan writ saman itu. 

No comments:

Post a Comment