My Add

Saturday, 29 October 2011

TPM bertemu rakyat Selangor Khamis 3 November

Zin Mohamed
SABTU, 29 Okt0ber, 2011: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bertemu lebih 6,000 rakyat di sekitar bandar raya Shah Alam dan Klang sempena program Nurani Rakyat, Sayangi Selangor pada Khamis depan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dipetik Utusan Malasia sebagai berkata, ia program khusus dianjurkan Barisan Nasional (BN) Selangor untuk mendekati rakyat semua kaum selain memahami serta menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

Katanya, program itu dijadualkan bermula pukul 2.30 petang dengan lokasi pertama adalah Flat PKNS, Pandamaran Jaya, Klang yang akan disertai kira-kira 3,000 penduduk kawasan tersebut.

"Timbalan Pengerusi BN akan beramah mesra dengan rakyat selain menyalurkan sumbangan Aidiladha kepada masyarakat Islam di kawasan itu.

"Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri juga akan menyampaikan sumbangan untuk aktiviti kebajikan kepada tokong Cina termasuk menyalurkan bantuan cermin mata percuma kepada 22 pelajar dari sekolah terpilih di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zin, Timbalan Perdana Menteri selepas itu akan ke Masjid Ubudiah, Seksyen 19 di sini kira-kira pukul 4 petang untuk menunaikan solat asar selain menyampaikan bantuan Aidiladha kepada penerima yang memerlukan di kawasan itu.

Beliau berkata, Muhyiddin kemudian akan menghadiri perhimpunan yang akan disertai lebih 3,000 penduduk di Flat PKNS, Seksyen 17 Shah Alam, dengan disertai oleh Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Perhimpunan yang bermula pukul 5 petang itu akan disusuli dengan pelancaran Laman Agro oleh Muhyiddin sebelum melawat rumah pemimpin tempatan.

"Kita harap semua rakyat dapat bersama-sama menyertai program ini nanti," ujarnya

No comments:

Post a Comment