My Add

Thursday 27 October 2011

AJK UMNO Gua Musang diberi mandat pilih calon pilihan raya

KHAMIS, 27 Oktober, 2011: Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pemilihan senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding kerusi Parlimen dan negeri di kawasan Gua Musang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dibuat oleh ahli jawatankuasa UMNO bahagian itu tanpa campur tangan beliau.

Katanya, ini termasuklah dalam menentukan kedudukan beliau sendiri sebagai penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, lapor Bernama.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian itu berkata, jawatankuasa itu diberi kuasa penuh untuk memilih menerusi undian bagi menentukan calon BN yang boleh menang majoriti besar.

"Dalam mesyuarat bulanan UMNO bahagian itu sebulan lalu, kita sudah adakan undian senarai nama mereka yang dipilih rakyat untuk bertanding sebagai calon BN kerusi Parlimen Gua Musang dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Paloh dan Nenggiri.

"Keputusan undian itu sudah saya hantar kepada pucuk pimpinan parti di Ibu Pejabat UMNO Kuala Kuala Lumpur dan tunggulah keputusan dibuat nanti,” katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Dengan Ketua Peti Undi Paloh, di Dataran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh Satu, dekat Gua Musang, hari ini. 








No comments:

Post a Comment