My Add

Wednesday 26 October 2011

MCA bantah cadangan ubah Akta Cukai Pendapatan

Dr Chua Soi Lek
RABU, 26 Oktober, 2011: MCA membantah cadangan perubahan dalam Akta Cukai Pendapatan memberi Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri budi bicara sepenuhnya terhadap kelambatan mengembalikan borang atau memberikan maklumat tidak betul.

Presiden parti, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, bantahan tersebut adalah bagi cadangan baharu memasukkan Seksyen 107D dan membuat perubahan kepada Seksyen 81 dalam akta berkenaan.

"Jika pindaan diluluskan, Seksyen 107D yang baharu itu akan membolehkan pihak Ketua Pengarah mengarahkan pembayar cukai membuat pembayaran dahulu sekiranya beliau ada alasan pembayar cukai tidak mengembalikan borang dengan betul walaupun tiada borang taksiran dikeluarkan.

"Manakala cadangan perubahan pada Seksyen 81 akan akhirnya memberi kuasa mutlak kepada Ketua Pengarah mengenepikan sebarang maklumat melampaui masa yang ditetapkan ,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Soi Lek berkata, partinya telah membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majllis Presiden pada hari Selasa dan wakil-wakil MCA dalam kabinet telah diminta membangkitkannya dalam mesyuarat kabinet.

Selain itu, Soi Lek berkata, parti itu akan membangkitkan perkara yang sama dalam Majlis Ekonomi Negara yang mana beliau menganggotainya.

“MCA merasakan cadangan perubahan itu memberi terlalu banyak kuasa kepada seorang dan tidak ada ruang untuk rayuan. Pembayar cukai hendaklahh diberi hak merayu,” katanya. 

No comments:

Post a Comment