AHAD, 30 Oktober, 2011: Cuaca sekitar ibu negara awal pagi ini baik dan selesa. Langit kelihatan kebiruan dihiasi tumpuk-tumpuk awan putih bersih. Harap tidak hujan seperti beberapa hari lepas.
Awal malam tadi, stadium Shah Alam gamat. Lebih 70,000 orang dilaporkan menonton perlawanan akhir Piala Malaysia sekalipun sebelumnya heboh, marah, protes kerana tiket mahal RM50. Berpuluh ribu lagi menonon perlawan melalui siaran langsung TV1 RTM.
Tetapi malang buat Terengganu kecundang 1-2 kepada Negeri Sembilan meskipun menadului lawan pada babak awal. Tahniah Azrai! Anda masih mampu dan berbisa, sesudah khidmat anda kurang dihargai di Kedah.
Macam biasa, sebelum melakukan urusan lain, suratkhabar tetap teman sejati. Berita utama akhbar Mingguan Malaysia hari ini terpampang cerita kejayaan tentera laut kita (TLDM) menggagalkan lanu yang cuba merampas kapal tangki tempatan yang membawa inyak dan gas di Selat Melaka.
Menurut laporan terbaru Bernama, misi bantuan kemanusiaan Malaysia kepada mangsa banjir di Thailand, yang diselaraskan oleh Pejabat Perdana Menteri, yang berupa satu kontena mengandungi lebih 1,000 karton air minum tiba di sini malam tadi.
Penyelaras misi penghantaran itu, Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah berkata, empat lagi kontena air minum akan dihantar dengan lori treler dan dijangka tiba menjelang Selasa ini.
Katanya, Datuk Seri Najib mencetuskan idea supaya badan-badan bukan kerajaan (NGO) membentuk satu gabungan bagi mengumpul sumbangan untuk dihantar kepada mangsa banjir Thailand.
"Pada masa ini mereka sangat memerlukan air minum berikutan bekalan air bersih di Bangkok terputus malah Pegawai Khas Perdana Menteri Yingluck Sinawatra memberitahu mereka amat memerlukan air minum.
"Pihak berkuasa Thai turut memberi bantuan dan komitmen penghantaran bantuan itu berjalan lancar,” kata Latt Shariman kepada wartawan Malaysia yang turut serta dalam misi itu.
Air minum tersebut diserahkan kepada Ketua Polis Hatyai, Jirawat Payungtham yang akan menguruskan penghantarannya ke Bangkok.
Katanya, pasukan St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah Kedah dan Pulau Pinang serta Barisan Kola (UMNO Kuala Kedah) yang membentuk satu gabungan misi ”Bantuan Banjir Thailand” menerima banyak sumbangan daripada syarikat korporat dan individu.
Ini, selain laporan mesyuarat CHOGN di Perth, Austalia yang bersetuju Komanwel membentuk piagam dan secara prinsipnya melantik seorang Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia dalam usaha menjadi badan itu kembali relevan.
Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata, secara umumnya, CHOGM bersetuju untuk menerima pakai cadangan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) yang mahu nilai dan prinsip semua negara anggotanya digabungkan dalam satu piagam.
Perdana Menteri berkata, melalui cara itu, pemimpin CHOGM percaya dunia dan generasi akan datang dapat mengetahui dan menghayati aspirasi dan matlamat penubuhan Komanwel.
Najib menjelaskan, ekoran persetujuan itu, Menteri Luar Komanwel akan menghalusi draf piagam tersebut untuk dibawa ke Mesyuarat Menteri-menteri Luar di Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York pada September 2012.
Selepas itu, katanya, draf tersebut akan sekali lagi dirujuk kepada ketua-ketua kerajaan untuk diterima atau sebaliknya, sebelum ia dijadikan piagam.
Manakala Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Komanwel pula membidas laporan kononnya ia menggalakkan hubungan homoseksual dengan mencadangkan kepada mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) kali ini agar menghapuskan undang-undang yang menjadikan hubungan sejenis sebagai satu jenayah.
ABDULAH pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Perth, Australia, semalam. Turut sama, ahli EPG (dari kiri) Dr. Emmanuel Akwetey, Samuel Kavuma dan Malcolm Rifkind. - BERNAMA
Pengerusi EPG, Tun Abdulla Ahmad Badawi dipetik sebagai menjelaskan, kumpulan itu sebaliknya hanya mencadangkan supaya undang-undang yang berupa diskriminasi terhadap mereka yang mengidap AIDS dan HIV dihapuskan.
Pengerusi EPG, Tun Abdulla Ahmad Badawi dipetik sebagai menjelaskan, kumpulan itu sebaliknya hanya mencadangkan supaya undang-undang yang berupa diskriminasi terhadap mereka yang mengidap AIDS dan HIV dihapuskan.
Menurut beliau, ini kerana masih terdapat banyak negara Komanwel yang mewarisi sistem perundangan British yang menghalang pengidap AIDS dan HIV daripada menerima rawatan kerana ia dianggap sebagai satu jenayah.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Perth, mantan Perdana Menteri itu menjelaskan, pada masa ini, jumlah penghidap AIDS dan HIV di negara-negara anggota Komanwel adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada negara-negara bukan ahli pertubuhan itu.
Sehubungan itu, katanya, EPG menerima cadangan daripada negara-negara anggotanya yang berdepan dengan masalah ini dan mahu sesuatu dilakukan bagi membolehkan penghidap AIDS dan HIV menerima rawatan sewajarnya bagi membendung penularan wabak itu.
Dari Ercis, Turki dilaporkan, seminggu selepas gempa bumi kuat di tenggara Turki, mangsa-mangsa yang terselamat merayau-rayau di jalanan sekitar rumah yang musnah, sebahagiannya mengadu belum mempunyai khemah bagi menghadapi musim sejuk yang bakal tiba.
Di Kabul, sebuah bom kereta Taliban yang meletup mengena konvoi tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hari ini membunuh 17 orang termasuk 13 orang tentera Amerika Syarikat (AS).
Penyerang meletupkan kereta sedan Toyota miliknya berhampiran sebuah bas yang dalam perjalanan ke Kabul pada pukul 11,20 pagi (2.50 petang) tadi.
Menurut AFP, serangan pengeboman tersebut merupakan antara tiga insiden membawa maut yang melibatkan pasukan tentera luar.
Sementara itu Harakahdaily hari ini menyiarkan dakwaan Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik bahawa UMNO berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu disebabkan perlaksanaan 21 strateginya sejak dulu yang terus meletakkan rakyat terutama orang-orang Melayu berada dalam kejahilan.
Abu Bakar Chik |
Menurutnya, 21 strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme.
Katanya, selain itu, UMNO turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik.
Menurut beliau, manakala antara dasar-dasar lain pula termasuklah perlaksanaan dasar pelancongan, hiburan yang melalaikan dan sosial.
Katanya, keadaan itu ditambah lagi dengan penguasaan Umno BN terhadap media sehingga menyebabkan rakyat gagal mendapat maklumat yang benar dan adil.
"Itulah strategi UMNO yang telah kita kenal pasti. Menerusi dasar-dasar itu, Umno turut berjaya mengikat para pegawai kerajaan agar terus menyokongnya.
Fokus Pas pula, katanya adalah dakwah.
"Tapi bagaimana nak buat kalau ilmu dan kebenaran tak boleh disebarkan dalam masyarakat," kata Abu Bakar pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, Gombak.
Semalam, Pas merumuskan sistem dua parti pasti akan berlaku juga di negara ini suatu masa nanti dengan jangkaan sekitar lima tahun lagi dan paling lewat 10 tahun dari sekarang.
Kewujudan sistem itu berdasarkan perkembangan dan tuntutan semasa, tetapi bergantung kepada kesediaan ahli-ahli PAS sendiri untuk menerimanya setelah mereka memahami dengan jelas mengenai perkara itu.
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk diwujudkan sistem itu kerana masih terdapat di kalangan ahli PAS sendiri yang tidak bersedia untuk menerimanya.
Menurut beliau, keadaan itu berlaku disebabkan sesetengah ahli PAS masih tidak memahami keperluan sistem 2 parti, ekoran kegagalan mereka memahami "Tahaluf Siyasi" antara Pas, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Keadilandaily sudah dua hari menyiarkan laporan, konon hutang negara berkurang semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu.
Katanya, sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar kepada lebihan belanjawan (surplus) dalam masa dua tahun sahaja.
Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir.
Sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan, Malaysia mengalami belanjawan defisit selama hampir 20 tahun, namun selepas pemecatannya, Malaysia sekali lagi berdepan Belanjawan defisit 14 tahun berturut-turut.
Kajian itu dikeluarkan badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dalam satu analisa perbandingan antara pentadbiran Anwar dan juga Najib sebagai Menteri Kewangan.
Kajian itu kata Keadilandaily, menunjukkan semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga
Berbalik kepada berbagai berita lain paparan akhbar hari ini, saya tertarik pada teguran Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.
BeliU yang mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu angkuh dan bongkak dalam politik
BeliU yang mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu angkuh dan bongkak dalam politik
Menurut orang kuar Perkasa itu, keangkuhan pemimpin parti itu semakin terserlah sehingga kononnya mampu meramal siapa calon yang akan menang pada pilihan raya umum (PRU) nanti.
"Pada PRU 2004, Pas kata mereka boleh menang besar tetapi (kemudiannya) hanya (menang) nyawa-nyawa ikan dengan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Selain itu, pada PRU 2008, Pas tidak tahu akan berlakunya tsunami politik. Kalau Pas tahu, mereka tidak akan beri laluan kepada saya," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ibrahim berkata. beliau ingin menasihatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu bongkak dan takbur kerana akhirnya akan terbujur.
"Sama-sama kita tengok, kalau ada umur yang panjang, siapa yang akan terbujur," ujarnya.
No comments:
Post a Comment