My Add

Tuesday 25 October 2011

PDRM jadi mangsa 'lepas geram' pembangkang


Hishammuddin Hussein
SELASA, 25 Oktober, 2011: Sejak kebelakangan ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa jadi mangsa 'lepas geram' dan sentiasa dikecam pembangkang. 

Mcam-macam tuduhan dilemparkan kepada PDRM. Ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja yang tidak betul. Semuanya salah. Ada sahaja yang dipandangg serong pembangkang terhadap tugas dan tanggungjawab pasukan itu kepada rakyat dan negara. 

Tuduhan baru yang dilemparkan pembangkang terhadap PDRM, konon pasukan itu terlibat dalam politik.

Dakwaan tersebut yang dibuat oleh Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Rakyat.

Kata Hishammuddin, anggota polis berhak berasa marah jika ada pihak mempertikai dan memperlekeh sumbangan mereka terutama dalam isu Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

''Dalam kes Mohamad Sabu, ia lebih berat kerana dia melabelkan anggota polis yang terkorban dalam pertempuran dengan komunis sebagai pegawai penjajah dan menafikan peranan mereka dalam kemerdekaan negara," katanya lagi.

Ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat semalam. Hishammuddin juga menjelaskan tentang isu pelajar warga Afrika di negara ini yang didakwa menyalahgunakan pas pelajar dan terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa.

Kata beliau, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat pemeriksaan secara berkala di institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi memantau aktiviti pelajar-pelajar warga Afrika yang berjumlah 19,000 orang sepanjang tempoh Januari hingga September 2011.

''Kedua-dua kementerian itu serta kementerian lain yang berkaitan sedang meneliti semula pengeluaran pas pelajar. Keputusan penelitian ini akan dimaklumkan kemudian," katanya.

No comments:

Post a Comment