NAJIB bersama ketua negara lain di sesi ekseklusif CHOGM. |
Perdana Menteri berkata, pembangunan modal insan atau apa yang digelar ‘soft infrastructure’ harus diteruskan dalam apa saja keadaan ekonomi kerana ia mengambil masa yang panjang untuk membuahkan hasil.
“Pembinaan sesebuah lapangan terbang misalnya mungkin mengambil beberapa tahun untuk disiapkan, tetapi pembangunan modal insan seperti arkitek dan jurutera memerlukan tempoh yang lebih lama,” katanya dalam ucaptama pada mesyuarat Majlis Perniagaan Komanwel, di Perth, semalam.
Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini malam Rabu untuk menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) yang bermula hari ini hingga Ahad. CHOGM di Pusat Konvensyen dan Pameran Perth dirasmikan Ratu Elizabeth, hari ini.
Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri berkata, jika pembangunan infrastruktur fizikal dan modal insan dikurangkan semata-mata kerana defisit fiskal yang dihadapi, sesebuah negara akan berdepan dengan defisit infrastruktur yang seterusnya menyebabkan pertumbuhan jangka panjang ekonomi terbantut.
Menyedari hakikat itu, Malaysia meneruskan pembangunan infrastruktur fizikal dan modal insan dengan merangka pendekatan pembiayaan yang membabitkan kerjasama sektor awam dan swasta.
Berkongsi pandangan dengan tokoh perniagaan dari negara Komanwel mengenai konsep yang diguna pakai oleh Malaysia, Perdana Menteri berkata Perkongsian Sektor Awam-Sektor Swasta (PPP) dan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) adalah kunci untuk merungkai masalah defisit infrastruktur.
Melalui kaedah berkenaan beban kos pembangunan infrastruktur dipindahkan kepada sektor swasta, sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada aspek lain pembangunan seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Bercakap pada satu forum mengenai peluang perniagaan dan pelaburan di Malaysia kemudian, Perdana Menteri berkata sasaran mencapai status negara pendapatan tinggi menjelang 2020 adalah sesuatu yang boleh dicapai.
“Ia bukan angan-angan kosong tetapi sasaran yang boleh kita capai. Malah, ia mudah dicapai. Apa yang mungkin menimbulkan masalah adalah pelaksanaan segala yang dirancangkan,” kata Perdana Menteri kepada tokoh perniagaan yang menyertai sesi soal jawab anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
Namun, Najib berkata, walaupun pengalaman pembangunan di Malaysia sesuatu yang boleh dibanggakan, kerajaan masih mahu membawa negara ke tahap kemajuan yang lebih tinggi lagi.
“Memang benar pertumbuhan ekonomi negara pesat, namun kita berpendapat ia masih tidak memadai. Memang benar tahap daya saing negara tinggi, namun kita mahu ia lebih tinggi lagi. Berikutan itu kerajaan memperkenalkan beberapa langkah transformasi bagi mengubah secara mendadak keadaan sekarang agar negara dapat keluar daripada cengkaman negara pendapatan sederhana,” katanya.
“Memang benar pertumbuhan ekonomi negara pesat, namun kita berpendapat ia masih tidak memadai. Memang benar tahap daya saing negara tinggi, namun kita mahu ia lebih tinggi lagi. Berikutan itu kerajaan memperkenalkan beberapa langkah transformasi bagi mengubah secara mendadak keadaan sekarang agar negara dapat keluar daripada cengkaman negara pendapatan sederhana,” katanya.
Khabar gembira industri sawit
NAJIB bersalaman dengan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard ketika mengadakan pertemuan sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth. |
Najib Tun berkata, jaminan tersebut diberikan oleh rakan sejawatan beliau dari Australia, Julia Gillard dalam perbincangan dua hala kedua pemimpin itu sempena Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel.
Menurut Najib, tindakan kerajaan Australia itu adalah sesuatu yang amat menggembirakan Malaysia dan industri kelapa sawit secara keseluruhannya.
Sebelum ini, Malaysia telah menyatakan bantahan terhadap cadangan yang dikemukakan di jawatankuasa senat Australia berhubung perkara berkenaan.
Rang undang-undang yang dibincangkan itu dibuat dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan daripada kumpulan pencinta alam sekitar terhadap impak industri minyak sawit selain mendakwa ia mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi.
Mereka juga mendakwa pengwujudan ladang kelapa sawit mengakibatkan kemusnahan hutan yang memberi kesan jangka panjang terhadap populasi Orang Utan dan gajah liar.
Undang-undang semasa di Australia membolehkan bahan makanan yang mengandungi minyak sawit hanya dilabel sebagai minyak sayuran.
Malaysia dalam bantahannya sebelum ini menegaskan, sebarang peraturan mengenai label kandungan makanan haruslah dibuat berasaskan manfaat kesihatan kepada pengguna dan bukan didorong oleh kepentingan politik.
No comments:
Post a Comment