My Add

Thursday, 27 October 2011

DAP Pulau Pinang tidak prihatin nasib rakyat miskin

KHAMIS, 27 Oktober, 2011: Ketiadaan rumah kos rendah dibina kerajaan DAP Pulau Pinang sejak memerintah negeri ini hingga tahun lalu, membuktikan kerajaan negeri tidak prihatin nasib rakyat berpendapatan rendah yang masih ramai belum memiliki rumah. 

Kegagalan kerajaan negeri menyediakan rumah kos rendah yang mendapat teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, menunjukkan dasar kerajaan negeri yang tidak menggalakkan pembinaan rumah jenis itu.

http://a3.twimg.com/profile_images/784984857/my_pic2.gif
Zainal Abidin Osman

Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata perkara itu yang dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, membuktikan kebenaran kenyataan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sebelum ini.

Sebelum ini, BN negeri mendedahkan kerajaan negeri gagal membina walaupun seunit rumah kos rendah tetapi kenyataan itu dinafikan kerajaan negeri. 

“Apa yang kita perkatakan selama ini terbukti benar. BN bercakap berdasarkan fakta untuk kepentingan rakyat berpendapatan rendah, bukannya membuat tuduhan melulu,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut bagi tempoh 2008 hingga 2010, kerajaan negeri tidak melaksanakan projek perumahan kos rendah baru. Pada masa sama, bilangan pendaftaran untuk mendapatkan rumah kos rendah dan projek perumahan rakyat berjumlah 152,702. 

Zainal berkata, dengan Laporan Ketua Audit Negara itu, kerajaan negeri tidak boleh lagi menyembunyikan fakta sebenar mengenai kegagalan membina rumah kos rendah. 
Sebelum ini, katanya, kerajaan negeri mendakwa membina sejumlah rumah dalam tempoh berkenaan, tetapi terbukti sebaliknya. 

“Mungkin baru diluluskan...belum bina lagi. Di sini kita boleh menilai, siapa yang kerajaan negeri utamakan...rakyat berpendapatan rendah ataupun golongan tertentu saja,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mengakui kerajaan negeri tidak pernah membina rumah kos rendah yang diperlukan penduduk Pulau Pinang sepanjang tempoh itu. 

“Ya, memang benar kerajaan negeri tidak pernah membinanya, tetapi ia hanya pada teknikal dan urusan itu dilakukan agensi pelaksana kerajaan negeri, yang mana 3,000 unit rumah kos rendah dibina sepanjang tempoh itu. 

“Kerajaan negeri hanya mampu membina 3,000 unit rumah menerusi agensi pelaksana berikutan kekurangan wang, manakala pembinaan rumah selebihnya ditanggung swasta,” katanya. 



No comments:

Post a Comment